Palapes Udara UUM adalah sebuah Badan Beruniform yang ditawarkan kepada semua Mahasiswa UUM untuk mendapatkan pengalaman sebagai seorang Tentera Udara. Selain daripada itu, Palapes juga menyediakan elaun untuk Mahasiswa. Secara tak langsung, dah mengurangkan beban Mak Ayah untuk memberi duit belanja kepada Siswa Siswi yang confirm dah Aqil Baligh ni. haha.
Step-step nak join PALAPES UUM :
- Isi borang.
- Medical check up.
- Ujian IQ.
- Ujian Jasmani atau (PT) Physical Training.
- Temuduga akhir.
- Angkat sumpah.
Jenis-jenis Latihan Kadet PALAPES :
- Latihan Tempatan
- Latihan Lanjutan
- Latihan Kem Tahunan (Annual Camp)
Gambar aku ketika menjawab Ujian IQ Palapes. hehe.
Aku dan Intake-25 Palapes Udara UUM ketika Latihan Lanjutan. Kami junior waktu ni.. So wajib panggil peringkat atasan dari kami atau orang lama dalam Pasukan Palapes seperti Inter, Senior & YO (Young Officer)/Leftenan Muda sebagai Tuan dan Puan walaupun mereka sebaya dan belum berkahwin. haha.
Tona kulit yang tidak sekata atau istilah lain sunburn jelas terpancar di wajah intake-25 selepas Latihan Lanjutan Palapes Udara UUM. Meraikan kejayaan meredah Latihan Lanjutan pertama di Steamboat Arau. huhu. :D
Bersama Intake -25 ketika Majlis Makan Malam PALAPES Udara UUM yang bertempat di Tabung Haji Hotel & Convention Centre Alor Star pada 29 November 2013 yang bertemakan Hikayat 1001 Malam. Bayaran RM55/seorang. *Waktu ni kita dapat lihat ramai kadet2 yang memakai jubah dan busana ala-ala Pak Sheikh padang pasir. haha. :D
Antara benefit yang aku dapat join Palapes ni adalah :
- Ditauliahkan sebagai LEFTENAN MUDA oleh Yang Dipertuan Agong. InsyAllah.
- Kemudahan melawat aset-aset TUDM. Hooray!!
- Peluang menyertai kerjaya TUDM. No way.
- Membentuk keyakinan dan jati diri yang mantap. Not bad.
- Makan Jumaat & Sabtu di sponser. Alhamdulillah.
- For sure la dapat elaun tiap-tiap sem. Terbaik! hehe.
- Dapat ramai member. Semua tempat boleh cari member. haha.
- Dapat membentuk keyakinan dan jati diri yang mantap. SubhanAllah.
- Dapat melatih vokal ketika latihan. -.-' *Allahu Akhbar. Ok. yang ni sampingan. haha.









