WELBOD (Kelab Kebajikan PALAPES UUM)
Rejimen Askar Wataniah
PSSTUDM
PSSTLDM
SEJARAH DAN ORGANISASI PALAPES UUM
PALAPES UUM telah ditubuhkan pada 16 Feb 1984. Di awal penubuhannya, pasukan ini terdiri daripada 2 orang pegawai dan 3 anggota LLP. Pada 14 Julai 1984, kumpulan pertama Palapes Darat seramai 123 orang pelajar termasuk 45 wanita telah memulakan latihan sebagai kumpulan perintis kadet Palapes UUM. Di awal perkembangannya, Palapes UUM telah mengalami beberapa perubahan termasuk perubahan tempat pentadbiran Markas Palapes yang bermula di Kem Bukit Pinang dan kemudiannya berpindah ke kampus UUM di Sintok dan kekal sehingga hari ini.
PALAPES UUM juga mempunyai Palapes Udara dan Palapes Laut. Penubuhan Palapes Udara bermula dengan penubuhan Skuadron Udara Universiti (SUU) pada 1 Jan 1988. Kumpulan perintis pertama adalah terdiri daripada 34 Pegawai Kadet Siswa dan 3 Pegawai Kadet Siswi dari Palapes Darat. Walaubagaimanapun, hanya 11 orang sahaja yang berjaya menamatkan latihan tersebut. Pada Julai 1996, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan usahasama KD SRI PINANG dan TLDM telah berjaya menubuhkan Palapes Laut dengan kumpulan perintis seramai 34 orang Pegawai Kadet Siswa dan 34 orang Pegawai Kadet Siswi.
Semenjak penubuhannya, Palapes UUM telah dipimpin oleh beberapa tokoh yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan Palapes UUM. Naib Canselor merupakan penaung dalam memastikan kelestarian Palapes UUM terus kukuh dan kekal relevan kepada pelajar UUM. Komandan Palapes UUM pertama Palapes UUM adalah Kol (Kehormat) Prof Tan Sri Dato' Awang Had Bin Salleh. Kini, Palapes UUM diterajui oleh Komandan Ke Lapan yang merupakan Naib Canselor sekarang iaitu Kolonel (Kehormat) Prof Dato' Dr Mohamed Mustafa bin Ishak (PSSTUDM).
p/s: If you (undergraduates) want to get extra money, come join us as PALAPES. This would be one alternative to get extra money in University. Dont be shy. Just enjoy the life. You will get more experience than your thought. :)




No comments:
Post a Comment