Thursday, May 1, 2014

Al-Quran Kalam Allah


Takrif Al-Quran pada Istilah:

Al-Quran ialah kitab suci umat Islam. Al-Quran merupakan wahyu dan kalam Allah dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai mukjizat. Melalui perantaraan Malaikat Jibrail secara mutawatir yakni berperingkat-peringkat selama 23 tahun dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah. Bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Naas.





Bismillahi Rahmani Rahim..
Salam 1 Rejab. Salam 1 Mei. Selamat menyambut Hari Buruh dan yang paling penting selamat beristirehat kepada semua pembaca.. Hari ini saya akan berkongsi serba sedikit ilmu yang telah saya pelajari di Pondok Modern GONTOR DARUSSALAM. Ianya tentang Tragedi WTC yang telah tercatat di dalam dalam Al-Quran Karim sejak 1400 tahun yang lampau. Pertamanya, Mari saya kenalkan apa itu WTC?? WTC (World Trade Center) merupakan MENARA BERKEMBAR yang kukuh dan paling tinggi pada suatu ketika dahulu yang tercatat di dalam Guinness Book Of Records dari tahun 1972 sehingga 1998. Menara Berkembar Petronas, Malaysia telah memintas rekod 'Menara Berkembar' tertinggi WTC pada tahun 1998 sehingga la ke hari kini. WTC telah dirasmikan pada tahun 4 April 1973 dan telah runtuh pada tahun 11 SEPTEMBER 2001.

TAHUKAH ANDA?? Tragedi WTC pada September 11 ada dalam Al-Quran, Surah At-Taubah??


"Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim."

Tragedi September 11 ternyata sudah dituturkan Allah dalam Al-Quran Surah At-Taubah : 109.

Di situ disebutkan keruntuhan bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang-orang yang zalim.

WTC yang runtuh di Kota New York pada 11/9/2001 berada di jalan JERF HAR telah disebutkan pada kalimah "JURUFIN HAR" dalam ayat 109 : At-Taubah yang membawa maksud mengikut tafsir ulama sebagai "ditepi jurang yang runtuh" ternyata adalah nama sebuah jalan di kota New York tadi, JERF HAR.

Surah At-Taubah terletak pada Juzuk 11 menunjukkan tarikh 11 haribulan terjadinya kejadian tersebut. Angka 9 pula merujuk kepada bulan yang berlakunya Tragedi WTC. September atau bulan 9 bertepatan dengan urutan surah yang ke-9 di dalam Al-Quran dan ianya merupakan Surah At-Taubah.

Ayat 109 pula merujuk kepada jumlah tingkat WTC yang mempunyai 109 tingkat keseluruhannya!!

Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2001, setelah dihitung-hitung jumlah huruf pada Surah At-Taubah ada 2001 ayat!! Subhanallah..
Ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Inilah mukjizat Al-Quran yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang. Sudah terang lagikan bersuluh yang Al-Quran ini sesuai dengan peredaran zaman dan tidak akan pernah lapuk.

p/s: Bagi pendapat saya, perbandingan mengenai bangunan WTC ini dengan Surah At-Taubah ini begitu tepat. Tetapi sejauh manakah maksud Allah di dalam ayat ini dengan kejadian di Amerika itu Wallahu A'lam. Oleh kerana persamaan fakta dan persamaan makna ayat, maka kita boleh mengambil iktibar dari Tragedi WTC ini dan menjadikan ianya batu loncatan kepada diri kita untuk lebih kerap membaca dan menghayati Al-Quran Karim ini. InsyAllah. 
Info menarik; 



Tahukah anda bahawa duit 20 US Dollar jika dilipat boleh membentuk gambaran runtuhnya Menara Berkembar World Trade Center? Selamat mencuba. :)


No comments:

Post a Comment