Sunday, July 6, 2014

Al-walidain kallailatul Qadr

Assalamualaikum semua! Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Lama dah tak update blog ni. Sorry la ye kawan2. Saya ni bukan jenis blogger yang berdisiplin. Saya akan akan update, bila saya rasa nak update. Hehe.

Hari ni saya nak share quote yang saya reka sendiri. Bukan pepatah arab, bukan kata-kata dari Para Anbiya, Mahupun Sahabat. ‘AL-WALIDAIN KALLAILATUL QADR’. Ertinya Kedua-dua Ibubapa kita umpama Malam Al-Qadar. Malam Al-Qadr adalah malam yang disebut dalam Al-Quran Karim didalam surah Al-Qadr dimana Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Allahu Rabbi. Tujuan beribadat pada malam Al-Qadr adalah untuk mendapat Redha ALLAH SWT. Objektif dan targetnya sama sepertimana kita Mentaati & Mengasihani kedua ibubapa kita.. Tidak lain dan tidak bukan adalah mencari Redha Allah SWT.


Sidang pembaca sekalian,

Sedarkah kalian bahawa Redha Allah terletak kepada Redha Kedua ibu bapa kita?? Sedarkah kita dikala kita meningkat dewasa, mereka juga turut dimamah usia? Sedarkah kita bertapa tabah dan gigihnya mereka dalam membentuk dan membesarkan kita? Sedarkah kita bahawa setiap ilmu pendidikan yang kita miliki pada hari ni adalah pengorbanan mereka yang lampau?


Sedarlah wahai saudara saudari sekalian. Ibubapa kita umpama Lailatul Qadar. Mereka merupakan aset kita untuk ke syurga. Jaga, lindungi, hormati dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kita sewaktu kecil. Bagi yang sudah tiada Ibubapanya.. Doakan la mereka kerana doa anak yang soleh merupakan amalan yang berkekalan.




Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seorang anak Adam itu mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan Anak Yang Soleh Mendoakan Untuknya.


(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

*Kat sini saya nak share satu story. True story about me. Saya akan menggunakan istilah ‘AKU’ untuk mendalami bait2 penulisan ini. Kisah bermula..

Jujur. Pada asalnya aku tak suka ayah aku hantar aku ke SMIP. Sebab aku tahu aku ada potensi jadi seorang yang bijak pandai dan aku yakin SMIP ni tak membantu aku. Aku cuba sedaya upaya nak pindah keluar dari sekolah tu. Akhirnya.. Aku merancang dan Allah sebaik-baik perancang. Aku tamatkan juga pengajian aku di SMIP. Dan kini selepas aku tamat pengajian di SMIP.. Barulah aku sedar bahawa bukan ilmu sahaja yang penting. Tetapi sahsiah diri, nilai moral dan yang paling penting Ilmu Agama juga amat penting dalam kehidupan. Tak guna belajar tinggi-tinggi tapi dengan orang tua tak hormat. Tak guna jadi orang kaya raya tetapi zakat tanak bayar. Segala-galanya aku belajar di SMIP. SMIP merupakan Bumi Tarbiah yang membentuk diri aku. Dan aku bersyukur yang kedua Ibubapa aku tak silap membuat keputusan waktu hantar aku ke SMIP dulu.


Ok habis sudah cerita. Haha. Saya juga amat kagum dengan boss EzQurban saya. Susah nak jumpa orang macam dia. Dia sanggup berulang alik tiap-tiap hari dari Batu Caves ke Temerloh untuk menjaga mak mertua. Dia juga menghabiskan tiap-tiap mingguannya bersama Ibunda tercinta di Bangi Selangor. Tak semua anak-anak sanggup melakukan perkara sedemikian. Walaupun ibubapa kita tinggal sekampung dengan kita, belum tentu kita ni datang menziarahi mereka. Silap-silap haribulan mereka yang datang menziarahi kita.

Tanggung jawab menjaga kedua ibubapa jatuh kepada anak lelaki. Kalau anak lelaki perangai macam haram jadah.. Siapa lagi yang dia nak harapkan?? Yang si perempuan kenalah turut memahami. Jangan la tergedik-gedik bila Si suami bersama Si Ibunya. Dan lelaki jangan sesekali melebihkan isterimu daripada ibumu. Pesanan ini buat anda semua dan diri saya sendiri juga. Moga-moga ianya bermunafaat.




Akhir kalam, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Marilah kita sama-sama menanam azam untuk lebih kasih dan sayang kepada kedua ibubapa kita. Kedua-dua ibubapa kita umpama Lailatul Qadar yang sentiasa berada disisi kita. Jaga la mereka seperti mana kita mengejar ganjaran Malam Al-Qadar. InsyAllah Hidup akan lebih indah bila kita mencari Berkah dan Redha Allah SWT. Wallahualam bissawab.




No comments:

Post a Comment