Apakah TUJUAN UTAMA anda masuk ke UUM ini? Ianya menjadi tanda tanya buat semua orang. Sesetengah orang kata masuk UUM sebab nak dapat kerja bagus.. Ada yg kata sebab nk dapat keredhaan ibubapa.. Ada yang kata sebab nak cari calon isteri/suami.. Ada yg kata sebab nak jadi first class honour student.. Ada yg kata sbb nak dpt ilmu dan pengalaman.. YANG IKUT KAWAN pon ada.. Itu semua dr sudut LAHIRIAH. Tapi percaya la wahai saudara saudari sekalian.. Semuanya berbalik kepada 'REDHA Allah SWT'. Allah telah berfirman dalam kitab suci Al-Quran, Surah Az-Zariyat, Ayat ke 56.. Maksudnya: 'Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan utk beribadah kepada KU yakni Allah'. Ustaz Mohamad Khadafi Bin Haji Rofie di DKG 3/4 pada pukul 11 pagi dalam subjek TITAS (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) ada memetik kata2 dr tokoh Islam yg bernama Ibn Khaldun yg berbunyi: TAMADUN dari sudut islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Jadi secara tidak langsung.. Apa yang kita belajar ni. Semua nya kembali kepada Allah. Tak kisah la tidur dekat DPP ke.. Belajar kat kolej ke.. Main kat kompleks sukan ke.. Naik bas ke Kolej ke.. Join aktiviti Palapes ke.. Kalau semua nya kerana Allah. InsyAllah hidup kita akan mendapat kejayaan dan berkat. Minta maaf sebab membuat kawan2 tertunggu2 dan tertanya2 akan jawapannya. Jadi jawapan dia adalah 'MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT'. Selamat beramal. *Ni kalau Kelab PERKIM baca ni. Mahu dia orang tarik aku masuk dlm kelab dia orang. Hehe. :)
*Ustaz Khadafi bersama student2 nya. hehe
*Lelaki India terakhir dalam kelas TITAS aku. Nama dia Vincent. hee.



No comments:
Post a Comment