Thursday, December 19, 2013

Luqman Jasper in Universiti Utara Malaysia

Assalamualaikum. Dear friends,
Today I would like to share a story about my life in UUM. *Kecek Omputih plop. haha
Alhamdulillah. setelah 4 bulan saya menjadi Mahasiswa UUM. Akhirnya, saya mempunyai sedikit ruang untuk meng-update serba sedikit tentang Universiti Utara Malaysia yang saya cintai ini. 
Kenapa saya update lambat?? jawapannya adalah saya rasa saya tak layak mengupdate status saya ni selagi saya tak menyelesaikan hutang dengan Allah. Alhamdulillah. Pada hari selasa 17/12/2013 saya telah berjaya menghabiskan puasa nazar selama 3 hari berturut-turut.. Pada suatu ketika dahulu.. Saya pernah bernazar pada diri saya dan Tuhan pencipta alam.. 'Sekiranya aku berjaya menyambungkan pembelajaran aku ke peringkat Universiti, Aku akan berpuasa nazar selama 3 hari berturut2'. At last, Saya berjaya jugak menunaikan ibadah tersebut. hehe. 

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,



Universiti Utara Malaysia atau nama manjanya UUM merupakan universiti keenam ditubuhkan di Malaysia. Ia ditubuhkan secara rasmi pada tahun 16 Februari 1984 di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti Utara Malaysia. Cogan kata UUM ialah "ILMU, BUDI, BAKTI". Visi universiti ini ialah menjadi sebuah universiti pengurusan terkemuka. Para pelajar pula ditempatkan di 15 Dewan Penginapan Pelajar (DPP). 15 DPP ini mampu menempatkan hampir 20,000 orang mahasiswa. DPP ini dinamakan mengikut syarikat-syarikat, institusi dan organisasi terkenal di Malaysia yang turut sama menyumbang ke arah pembangunan universiti ini. Ia terdiri daripada MAS (DPP tertua), TNB, Tradewinds, Petronas, EON, MISC, SIME DARBY, BSN, TM, Proton, Maybank, Yayasan Al-Bukhari, Bank Muamalat, Bank Rakyat & SME Bank.

Ok. cukup pengenalan buat UUM. Nak cerita pasal diri saya pulak. hehe.

Saya telah diterima sebagai Mahasiswa UUM pada 2 september 2013 dan ditempatkan di DPP BSN atau nama old school dulu PERWAJA. DPP BSN ni menempatkan Mahasiswa yang 'Half Civilian, Half Soldier'. haha. DPP ini telah dispesifikasikan khas untuk Mahasiswa yang mengikuti kokurikulum PALAPES atau nama saintifik dia Pasukan Latihan Pegawai Simpanan. ok. kalau pasal PALAPES ni akan di-update nnt sebab saya belum berminat untuk meng-update pasal nya lagi. hehe. Saya telah berkenalan dengan ramai kawan di UUM ni ada yang dari Pahang, ada yang dari Sarawak ada juga dari Sabah. Foreigner pon ada. Jadi saya rasa sampai sini sahaja la coretan saya untuk blog kali ni. Jumpa anda dalam post yang akan datang. InsyAllah! :)

 
*4000 ribu Mahasiswa baru telah mengangkat sumpah pada 7/9/2013 di Dewan Muadzam Shah (DMAS).

*Orang pertama sekali yang aku kenal diatas muka bumi Sintok ni adalah Muhammad Hanif Mokhtar yakni roommate bilik aku. Dia berasal dari Kuantan, Pahang.

*Rakan seperjuangan sem 1 yang tinggal satu bumbung (DPP BSN). Dari kiri kenal kan.. 'Zarif, Afiq, Akhmal, Hanif, Farhan dan Kharul Hafiz'. Gambar di Perpustakaan Sultanah Bahiyah pada waktu malam. Waktu ni kita orang buat Merentas Universiti Utara Malaysia! Ekspedisi malam mencari dewan kuliah. hehe.
*Dia ni la orang yang pertama saya kenal kat laman sosial selaku Mahasiswa UUM  Mirrah Atiqah. Sampai sekarang still kenal gitu je. Tak pernah borak face to face. Mungkin lain sem la ye kita berkenalan. haha. 

*Nota kaki; Semoga Final Exam SEM 1 ni dapat score 4flat. Walaupun nampak gaya macam tak dapat. Tapi rezeki di tangan ALLAH. Maan Najah Fil Imtihan! InsyAllah. Amin!! :) 

2 comments:

  1. as salam. hi kawan laman social. cantik orang tudung kuning tu. hahahahahhaha kbai.

    ReplyDelete