Wednesday, May 7, 2014

call me JASPER.

WHO AM I?? I AM SPIDERMAN JASPER!!
Hahaha. *Mula lagiiii~ 

Assalamualaikum semua!! Untuk entri kali ini aku akan menceritakan serba sedikit tentang asal usul nama 'JASPER'. Ramai yang tak tahu dan ingin tahu dan ada juga yang tanak tahu pasal asal usul nama Jasper ni. Tapi aku nak bagitahu juga dari mana datangnya cosign, nickname, nama manja, nama samaran, nama comel, nama timangan, nama famous, nama gelaran, nama panggilan, nama komersial, nama artis, nama glamour.. 'Nama nama nama.. Apa nama?? apa nama? *guna loghat kedah. hahahaha' nama Jasper ni.. Aku start fikir nama samaran ni bila aku tengok ramai orang guna nama samaran ni untuk cam kawan2 di FB. Ala~ Macam artis la.. ada nama Abon, Awie, Ajai, Man Bai, GD, TOP, Will I Am, Hazimah The Terminator, Mastura Sador Al-Selfie.. Eh? Artis ke nama dua orang tadi?? HAHA. :P
Nama Jasper ni berasal dari watak 'Jasper Hale' dalam cerita pontianak mat saleh yakni pontianak harum sundal malam 'TWILIGHT SAGA' yang pernah menggegarkan panggung wayang pada tahun 2008 dulu.. 

                                         


Ni ha gambar Jasper yang aku maksudkan. Handsome macam aku tak?? hahaha. 

Selepas aku gunakan nama Jasper ni kat FB pada tahun 2008.. Ramai awek2 yang menegur aku di FB. So aku pon bertegur sapa la bersama gadis2 tersebut. Disebabkan aku dah bosan dengan nama Jasper ni.. Pada pertengahan tahun 2010 aku menukar la nama aku daripada Jasper ke Iglesias.. Aku pon bajet2 la orang Madrid guna nama tu. Last2, gadis di FB tidak lagi melayan ku seperti dulu. So aku pon mengambil langkah untuk mengubah kembali nama Iglesias kepada Jasper.. Ramai la gadis2 yang meng-pm aku di FB.. Semua panggil aku Jasper!! Jasper!! So aku rasa nama ni dah melekat kat aku.. 

Pada Hari Raya Aidil Fitri 2010, Sepupu perempuan ayah aku atau lebih dikenali sebagai Mak Long Liza Nestle. haha. Dia tanya la nama JASPER tu maksudnya apa? Ahh sudah.. Nasib baik otak aku geliga.. Aku pon jawap la dengan santai dan selamba.. JASPER tu nama nenek moyang.


Luqman Bin Jamil Bin Awab Bin Simal.. So JAS stands for

  1.  J   - Jamil 
  2. A  - Awab 
  3. S  - Simal
  4. PER - robin van PERsie




*Ni ha ROBIN VAN PERSIE yang aku maksudkan. hehe. Robin Van Persie sememangnya pemain bola sepak yang amat aku kagumi.. Terutama waktu dia bermain di Arsenal fc.. Seorang striker yang berbisa dan mempunyai naluri penyudah yang amat tajam. Malangnya Manchester United agak kurang cerdik dalam mengendalikannya. hahaha.


Amacam? geliga tak otak aku memutar?? Haha. 
Pada temuduga Palapes Udara UUM.. Flait tanya aku.. Kenapa nama samaran yang aku letak ni JASPER??
Aku pon guna alasan yang sama la. Haha. *Tak sia2 rupanya aku sediakan nama samaran awal 2 tahun.


Nota kaki; VAMPIRE + WORLD CLASS STRIKER = CHARMING AIRFORCE CADET OFFICER . Hahaha. :D

*Nantikan entri atau post yang akan datang yakni 'SMIP Bumi Tarbiah', 'KYIK melahirkan Pewaris Para Nabi', 'GONTOR tulang belakang Indonesia'.. You guys can drop the comment below and if you like this post.. please click the 'LIKE' button. Thank you. Adios~ Assalamualaikum..

1 comment: